Blogger Layouts

Wednesday, June 15, 2011

Bab 2: Tragedi Stesen Kuala Lumpur


Kami sedang menanti tren seterusnya untuk ke Arau. Di dalam tiket tertera nama Ekspress Langkawi iaitu tren yang akan membawa kami pulang ke Perlis tepat jam 7.00 malam nanti. Kelihatan wajah tok wan begitu cemas sekali. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin tok wan risaukan sesuatu. Aku hanya mundar mandir di hadapan mereka sambil melihat tren-tren yang telah berlepas.

Tiba-tiba kelihatan kelibat orang yang amat aku kenali sedang berlari ke arah kami. Wajah tok wan semakin risau dan cemas. Memang orang tu amat aku kenali, ayah. Ayah la yang datang dan berjumpa tok wan. Ayah mengata sesuatu kepada tok wan, 'Kenapa ayah tak beritahu awal nak ambil Zumal balik?' pertanyaan itu sedikit kasar. Aku dapat rasakan ayah tidak suka tok wan membawa aku pulang ke Perlis. Sedikit pertelingkahan berlaku, kelihatan tok menjadi sedih. Kesian tok. Beberapa ketika mama pula muncul, Rupa-rupanya mereka mencari aku di seluruh stesen untuk menghalang tok wan mengambil aku pulang. 

'Ayah tak boleh buat macam tu, dia anak kami!' kata mama kepada tok wan. Pertengkaran berterusan beberapa ketika sehinggalah tren yang dinanti pun tiba. Tiba-tiba semua suara lenyap ditelan bunyi enjin kereta api yang tiba di platform bersebelahan kami duduk. Kemudian mereka merebut untuk mengambil aku. Aku pegang erat tangan tok wan sambil menangis kerana tak mahu mengikut ayah dan mama.

'Mal nak ikut tok wan!' aku menangis sambil menetapkan pendirian aku untuk mengikut tok wan. Ayah dan mama kelihatan tidak berpuas hati. Mama kelihatan menangis dan mengata sesuatu kepada tok wan dan tok. Tok wan dan tok berlari membawa aku ke dalam tren. Mereka kelihatan mengejar kami. Orang ramai disitu terpinga-pinga melihat apa yang berlaku. Mama cuba menarik aku ketika aku sudah berada atas tangga kereta api tapi tidak kesampaian kerana pegangan tok wan lebih kuat. Pengawal disitu turut membantu meleraikan kami. Kemudian aku dibawa ke dalam kereta api sambil kereta api mula bergerak sedikit demi sedikit. 

Apabila kereta api bergerak laju, kelihatan tok wan berasa lega dan mengambil tempat duduk seperti yang tertera di tiket. Aku masih menangis. Tok menenangkan aku. Kemudian aku tertidur. Kereta api pun telah jauh meninggalkah Kuala Lumpur. 

gambar hiasan

Jam tangan aku menunjukkan jam 8.30 malam. Tok wan mengejutkan aku untuk makan malam. Tok wan belikan aku nasi lemak dan air milo. Inilah 'first time' naik kereta api. Aku makan dengan gelojohnya kerana kelaparan sejak tengah hari tadi belum makan. 'Sedap la nasi ni tok...' aku katakan kepada tok. Tok hanya senyum sambil menyuapkan aku makan. 

Kereta api terus bergerak jauh menghala ke utara. Ada beberapa perhentian yang disinggah semasa perjalanan untuk ke Arau ini. Ada stesen yang sempat aku baca ialah stesen Ipoh kerana di situ tren berhenti agak lama. 




No comments:

Post a Comment