Blogger Layouts

Tuesday, June 14, 2011

Bab 1: Aku

Hari itu aku pulang ke rumah dengan keletihan tapi aku amat seronok kerana puas bermain seharian. 'Mal, hang pi mana ni? Habis kotor baju-baju ni!' Belum pun sempat menepis, tetiba belakang aku terasa amat pedih dlibas rotan tok wan. Aku menangis teresak-esak mencari tok. Tok menenangkan aku. 'Dah la, jangan teriak lagi, sat lagi kot kena lagi...' kata tok pada aku. Aku terus berlari ke bilikku di tingkat atas. Aku masih tidak dapat menahan sebak disebabkan kesakitan yang amat sangat.

'Mal, mangkit (bangun) le, dah malam ni' tok wan mengejutkan dari tidur sambil memujuk aku untuk makan malam bersama. Walaupun tok wan terlalu garang, tapi aku amat sayangkan tok wan sebab sejak lahir aku lebih rapat dengan tok wan berbanding ayah dan mama yang tinggal berjauhan. Aku tahu tok wan pun sayangkan aku.   

* * *
Terkenang... Inilah yang membuktikan kasih sayang tok wan pada aku.  Ting tong, tetiba loceng rumah ayah berbunyi. Mak Nab berlari keluar mendapatkan tetamu yang membunyi loceng rumah jirannya itu. ' Pak cik cari Abang Mat ke? Diorang belum pulang kerja...' kata Mak Nab kepada dua orang warga emas seusia ayah dan ibunya sambil menjemput mereka ke rumah. 'Boleh jadi Pak Cik ni ayah Kak Su yer?' tanya Mak Nab. Pak cik tadi menganggukkan kepala. Terdengar perbualan itu, aku bagaikan cukup mengenali suaranya. Aku meluru keluar mendapatkan orang yang cukup aku rindui itu. 'Yea, yea tok wan mai' aku seronok tak terkira sambil menitis air mata rindu. 'Bila nak bawak Mal balik? Mal nak balik dengan tok wan...' tok wan menenangkan aku dan berjanji akan bawa aku pulang bersama. Tok wan memperkenalkan pada aku, tok baru aku. Aku dibawa ke rumah ayah dan mama sejak arwah tok meninggal ketika umurku baru mencecah 4 tahun. Hidupku di kota besar ini tidak seseronok di kampung. Aku dan dua orang adikku sering ditinggalkan di rumah jiran semasa ayah dan mama bekerja. Aku selalu bergaduh dengan adik-adik kerana kami tidak sefahaman. Aku tak biasa dengan mereka. 

Tok wan janji hendak membawaku bersama pulang ke Perlis petang itu. Aku cukup gembira. Mak Nab menyiapkan beg pakaian aku. Adik-adikku tidak memperduli apa yang berlaku, mereka hanya bermain bersama anak Mak Nab. Aku tidak sabar menantikan masa untuk naik kereta api petang nanti. 'Bestnya Mak Nab, petang ni Mal dapat naik kereta api laa...' cakap aku pada Mak Nab dengan gaya bangga boleh naik keretapi.

No comments:

Post a Comment