Semasa aku darjah satu, masa tu aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Seri Indera. Aku ni tak pandai uruskan diri sendiri, semua harapkan tok wan. Tok wan lakukan semua untuk aku. Nak pakai kasut sekolah pun tok wan pakaikan. Tiap-tiap hari aku ke sekolah dihantar tok wan dengan basikal. Masa darjah satu, guru kelas aku adalah bekas anak murid tok wan. Aku pun dilayan istimewa la jugak. Masa awal-awal masuk sekolah, tok wan tunggu je kat sekolah tu sampai balik sebab bila aku tak nampak tok wan, aku pun mesti menangis. Jadi tok wan tunggu la tiap-tiap hari sampai bila aku tak pasti la. Perkara ni masa tahun 1991, aku pun dah banyak lupa. Bila tok wan dah tak larat, aku tumpang kereta Che Li, tauke kedai kat kampung aku tu. Ramai gak yang pergi sama-sama dengan aku. Beberapa tahun pastu aku naik kereta Pak Omar pula. Pak Omar dengan isterinya Mak Aisyah adalah guru mengaji Al Quran aku.
Ini aku nak ceritakan semasa darjah satu, sesuatu memalukan telah berlaku. Teka sendiri la. Aku kan tak tahu urus diri sendiri. Satu sekolah berkumpul kat depan tandas sekolah masa terjadi kes tu. Tolong la jangan mengumpat yer. Dah baca simpan dalam ati jer. Kalau tak nak, buang je kat tingkap. (Sori sebab tak dapat ceritakan lebih-lebih)
Sekatang aku nak ceritakan kenakalan aku semasa dah darjah tiga. Aku ni memang tak pandai matematik, entahlah kenapa. Belajar matematik pun jadi malas. Masa tu cikgu matematik aku bernama Puan Patricia Lim. Tubuhnya agak besar dan garang sangat dengan pelajar dia. Aku pernah kena pulas perut, sakit yang amat sangat. Aku dah tak nangis lagi. Salah aku juga sebab tak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi.
Suatu hari aku tak siapkan banyak kerja Cikgu Patricia, aku menyorok kat tandas. Tapi aku serba salah pulak akhirnya aku masuk jugak kat kelas, bila cikgu tanya pi mana aku cakap aku sakit mata, aku duk basuh muka tapi pedih jugak. (berlakon je) Aku buat-buat sakit kepala dan mata jadi kabur. (mungkin sebab bohong cikgu la yang buat aku jadi rabun betul-betul sekarang ni) Cikgu Patricia suruh kawan-kawan hantar aku kat bilik rehat yang selang beberapa kelas dari situ. Cikgu suruh aku rehat dan tidur kat situ. Baik hati betul cikgu aku ni, aku rasa bersalah sangat. Walaupun garang dia tetap baik. Aku ni tak di cop budak nakal sebab aku tak join geng yang betul-betul nakal. Masa hari tu aku rehat betul kat bilik tu sampai balik. Selamat aku rasa. Lepas hari tu aku dah tak buat alasan bodoh macam tu. Aku akan siapkan kerja yang cikgu bagi walaupun banyak yang aku jawab tu salah.
Ini ada lagi kisah menarik semasa darjah tiga juga. Aku ni selalu juga kena buli. 'Mal, aku nak pinjam dua ringgit!' kawan aku bernama Kamal minta nak pinjam duit aku. Aku ni kalau orang minta memang aku bagi. Baik sangat la jaga hati kawan-kawan. Sampai satu masa kawan aku lagi sorang ni pun nak duit juga. Tapi dia bukan nak pinjam. 'Wei Mal, bagi aku tiga ringgit!' dengan kasar dia minta duit kat aku. Aku berkers gak tak nak bagi. 'Azri, aku pokai dah ni' kata aku. 'Cis, aku tau la hang ada duit!' kata Azri seperti tak berpuas hati dengan alasan aku tadi. 'Woi, hang tau mak aku sapa! Mak aku polis tau dak! Sapa pun tak berani kat aku, hang jangan buat pasal dengan aku, nanti aku suruh mak aku tangkap hang!' statement bengong yang diberikan Azri supaya aku takut dan ikut cakap dia. Gengster zaman kanak-kanak la katakan. Aku akhirnya bagi tiga ringgit kat Azri.
Suatu hari tok wan dapat tau yang ada orang buli cucu kesayangan dia. Tok wan datang ke sekolah masa rehat. Tok wan mengatakan sesuatu kepada cikgu kelasku, Cikgu Che Wan. 'Zumal ni budak baik, rasanya dia tak ada masalah...' bangga aku dengar bila cikgu puji aku depan tok wan. Entah apa yang diborakkan mereka lagi pun aku tak tahu. Tiba-tiba cikgu memanggil aku keluar kelas di mana dia sedang berbual bersama tok wan. 'Mal, bagitau cikgu sapa yang duk mintak duit tu?' cikgu tanya aku. Aku pun bagitau Kamal dengan Azri yang duk minta duit aku. 'Mentang-mentang la pak hang polis, hang ingat cikgu tak berani bagitau pak hang ka?' cikgu tengking Kamal. Sebenarnya Kamal tak la senakal Azri. Kamal baik orangnya mungkin dia tengah sesak masa tu. Azri yang bagitau emak dia polis supaya aku ikut cakap dia. Kes tersebut tidak dipanjangkan sebab mereka berdua berjanji akan bayar balik hutang aku. Tok wan pun maafkan diorang. Kami berkawan baik semula selepas itu.
sekolah aku